car

kereta Mahal tapi tidak digunakan untuk mendekati Allah swt

Life is a journey

Life is a Journey From Allah to Allah

To be Happy

The ways to happiness

Sport Car

Smart,Faster and Expensive

Tuesday, February 12, 2013

SILATURAHIM MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAH REZEKI

Pada era Globalisasi ini kebanyakan pekerjaan yang manusia sering laksanakan telah diambil tugas oleh kuasa Media elektronik dan peralatan Mesin sehingga manusia makin jauh hubungan silaturahim antara satu sama lain. Kita boleh rasainya pada era Generasi Y pada masa kini yang begitu banyak berkomunikasi melalui medium elektronik seperti Facebook,Twitter dan gadget yang lain sehingga kadang kala kita lupa dan leka untuk mengikut syariat yang telah Allah SWT tetapkan.Pada saya tak salah jika kita gunakan medium yang serba canggih pada masa kini untuk perkara-perkara makruf dan saling menasihati.Masalahnya jika kita tidak guna nikmat yang diberi ini dengan sebaik mungkin banyak perkara yang tidak diingini berlaku sepeti perbalahan sesama sendiri,kes penipuan, lari rumah dan lain-lain lagi.Satu perkara yang amat saya kesali adalah masalah perhubungan sesama muslim sendiri kalo kita lihat sekarang semakin hari semakin renggang serta segala bentuk perkara yang banyak diterapkan dalam Islam dan ajaran Rasulullah SAW  pada kita makin kita jauhkan terutamanya hubungan silaturahim.Faktor ini  juga banyak menyebabkan Kaum Non-Muslim tidak berminat dan ingin tahu mengenai Islam disebabkan majoriti masyarakat yang beragama islam di Malaysia berlandaskan pada IC semata -mata serta tidak laksanakan tanggungjawab dan menunjukkan keperibadian yang mulia yang ada dalam ISLAM itu sendiri.

Wednesday, January 16, 2013

Jadilah engkau Pemaaf dan Suruhlah mengerjakan yang Makruf

Sedikit Perkongsian Firman Allah SWT dalam [Surah Al-A'Raf : 199 ].Manusia kadang kala agar sukar untuk memaafkan seseorang lebih - lebih lagi apabila orang yang mengkhianati kita tu kawan baik atau orang yang paling kita sayangi.Pada saat itu kita akan merasai sendiri  dan bertanya mengapa perkara ini berlaku pada diri kita serta kita akan hilang pertimbangan atau kewarasan berfikir serta hilang keberantungan kita pada Allah SWT.Mudahan dengan sifat pemaaf kita ini Allah SWT akan memuliakan kita dan akan dibalas dengan perkara yang baik yang kita sendiri tidak mengetahui masa depan kita sama ada hari ini,esok,lusa dan berikutnya kerana semua itu berada di bawah Pengetahuan Allah SWT...

Sunday, January 13, 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR)12 JAN 2013 DI STADIUM MERDEKA CIPTA SEJARAH

12 jan 2013-Stadium Merdeka, Kuala Lumpur-Himpunan kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka boleh saya katakan berjaya kerana menghampiri target 1juta rakyat iaitu dalam kira-kira 700,000 orang lautan manusia membanjiri didalam stadium mahupun di luar stadium. Gelombang kebangkitan rakyat kali ini agak memeranjatkan saya kerana begitu ramai golongan muda yang turut menjadi peserta dalam himpunan kali ini bagi menyatakan ketidakpuasan sistem pentadbiran dan pengudian yang jelas masih ditakok lama dan tidak membuat perubahan tertutmanya SPR.

Tuesday, January 8, 2013

Menggantikan Solat Malam pada Siang Hari Jika Berhalangan

Di sini sedikit perkongsian untuk sahabat yang saya kasihi berkaitan dengan hadis riwayat Muslim yang mungkin atau tidak kita pernah berjumpa dengan riwayat ini yang saya temui hasil daripada pembacaan saya melalui buku karangan Muhammad Adlin Yani yang bertajuk "190 keperibadian Rasulullah saw" ( halaman muka 102 )..harap bermanfaat..

Monday, January 7, 2013

LIVE tengok orang Accident depan mata

LIVE TENGOK ORANG ACCIDENT DEPAN MATA 
 Tanjung Malim-20 Oktober 2012, satu kemalangan telah  berlaku di persimpangan keluar ke Tol Tg.Malim membabitkan seorang remaja yang merupakan seorang pelajar Kolej Swasta di Kuala Lumpur yang dalam perjalanan balik ke rumah mak ciknya yang menetap di Ipoh, Perak.Kemalangan ini telah disedari oleh saya dan kawan -kawan yang lain (sazni,hanif, arif dan qori ) yang dalam kebetulan hendak pergi ke rumah sahabat yang bakal menikah di Malim Nawar, Perak pada pagi tersebut dengan  menaiki sebuah kereta wira.Mangsa yang dikenali sebagai Halim  terbabas sendiri ketika sedang menunggang motosikal jenis Yamaha lagenda 115 Z di Highway Utara Selatan di persimpangan Tg.malim Perak  yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika kami menemui mangsa yang sedang terbaring di sudut jalan dalam lingkungan pukul 6.30am-7.00am
seorang doktor budiman bangsa india yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang sempat singgah sebentar untuk  merawat mangsa yang tidak sedarkan diri
Pasukan Ambulance dari Slim River tiba dalam  sejam kemudian pada pukul 8.00am setelah dihubungi sahabat saya arif pada pukul 6.55am untuk membawa mangsa ke ICU di Hospital Slim River untuk pemeriksaan lebih lanjut. Kelewatan pasukan penyelamat ini disebabkan laluan untuk pergi ketempat kemalangan terlalu jauh dengan melalui Highway
Helmet jenis separuh "turtle helmet' yang dipakai  mangsa kemalangan ini pecah dan menyebabkan kecedaraan parah dikepala mangsa




TERUSKAN PERJUANGAN

Teruskan perjuangan sahabat-sahabat kerana setiap perjuangan memang perlu pengorbanan yang kadang kala tak dapat dinilai dengan wang ringgit

Friday, January 4, 2013

The way to happiness


190 keperibadian Rasullullah SAW

kepada sesiapa yang ingin mengenali sifat2 Rasulullah SAW boleh baca buku ni yang merupakan hasil karangan Muhammad Adlin Yani..saya rasa bagus buku ini sebab pembacaan yang santai kerana tidak begitu tebal...mudahan bermanfaat kepada sesiapa yang ingin lebih mengenali Rasulullah s.aw

DO the best and Never Give up